GAZA, 30 Mac 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi semalam menceroboh masuk ke dalam wilayah Gaza atas alasan untuk mengesan terowong bawah tanah yang digunakan oleh para mujahidin.

Tiga buah buldozer tentera Zionis memasuki sehingga 100 meter ke kawasan timur kem pelarian al-Bureij dan meratakan tanah di situ. Tiga buah kereta kebal dikerah berkawal berdekatan pagar sempadan untuk memberi perlindungan kepada pasukan buldozer tersebut.

Pencerobohan tersebut merupakan tindakan pencabulan terhadap perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani oleh rejim Zionis selepas serangan pada tahun 2014.

SHARE