Tentera Zionis ceroboh masuk wilayah Gaza

GAZA, 27 Apr 2016 (PIC) — Sembilan buah kenderaan tentera Zionis pagi tadi menceroboh masuk sehingga 150 meter ke dalam wilayah tengah Gaza di timur kem pelarian al-Bureij.

Empat buah buldozer, tiga buah kereta kebal, dan dua buah jip pengangkut memasuki kawasan pertanian tersebut dan meratakan tanah di situ.

Sejurus selepas itu mereka bergerak ke arah selatan menuju ke bandar Deir al-Balah.

Pencerobohan seperti ini merupakan pencabulan perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani oleh rejim Ziois pasca serangan 2014 lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts