Tentera Zionis ceroboh masuk wilayah utara dan selatan Gaza

GAZA, 1 Mac 2017 (PIC) — Jentera tentera Zionis menceroboh masuk sehingga 50 meter ke dalam kawasan bandar Beit Hanoun di utara Gaza dan 100 meter ke dalam kawasan timur kota Rafah di selatan Gaza awal pagi tadi.

Dalam kedua-dua kejadian, jentera digunakan untuk meratakan kebun pertanian, sehingga mencetus suasana panik.

Pada masa yang sama, jet-jet perang tentera Zionis berlegar di ruang udara Gaza.

Insiden tersebut merupakan satu lagi rentetan pencabulan rejim Zionis ke atas persefahaman gencatan senjata selepas serangan ke atas Gaza pada tahun 2014.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts