Tentera Zionis ceroboh Qalqilia, musnahkan kemudahan penduduk

QALQILIA, 18 jan 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menceroboh masuk bandar al-Fundaq di timur Qalqilia dan memusnahkan beberapa kemudahan penduduk di situ.

Pasukan tentera yang mengiringi sebuah buldozer menutup jalan masuk utama ke bandar Qalqilia sebelum memusnahkan instrastruktur dan kemudahan penduduk serta beberapa buah kedai.

Rejim Zionis melarang semua bentuk pembinaan di bandar al-Fundaq, yang terletak berdekatan penempatan haram Emmanuel, atas alasan bahawa kawasan tersebut terletak di dalam Kawasan C yang dikawal sepenuhnya oleh tentera penjajah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts