Tentera Zionis Ceroboh Wilayah Gaza

violateRAFAH, 3 Sep 2014 (Alresalah) — Beberapa buah kereta kebal tentera Zionis menceroboh masuk ke dalam wilayah Gaza di timur al-Nahda Quartet di timur bandar Rafah.

Tindakan melanggar perjanjian gencatan senjata ini melibatkan tujuh buah jentolak D9 dan tiga buah kereta kebal yang bergerak dari lintasan Karem Abu Salem dan menceroboh masuk sehingga 100 meter. Jentolak tersebut meratakan tanah di kawasan yangmereka ceroboh, sambil di kawal oleh dron yang berterbangan di ruang udara.

Insiden ini merupakan sebahagian daripada perlanggaran jelas rejim Zionis terhadap gencatan senjata yang dipersetujui pada 21 Ogos lalu. Sebelum ini, tentera laut Zionis turut menembak bot dan menculik dua orang nelayan di perairan Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts