Tentera Zionis cuba tenggelamkan bot nelayan Gaza

GAZA, 7 Nov 2016 (Maan) — Tentera laut penjajah Zionis cuba menenggelamkan sebuah bot nelayan Gaza dengan menyembur pancutan air buangan ke arah bot tersebut.

Dalam kejadian di perairan tengah Gaza itu, bot nelayan Muhammad Adel Abu Rayala’ disembur dengan pancutan air buangan yang kuat sehingga botnya rosak dan beliau sendiri jatuh pengsan. Muhammad bagaimanapun berjaya dikejarkan ke Hospital al-Shifa.

Sekurang-kurangnya 139 insiden serangan menembak dilakukan ke atas nelayan Gaza sepanjang tahun ini, mencederakan 24 nelayan dan merosakkan 16 buah bot.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts