Tentera Zionis culik 11 penduduk Palestin, rampas wang tunai

BEIT LAHM, 31 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menggempur beberapa buah bandar dan kota di Tebing Barat, menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dan merampas sebuah kenderaan serta sejumlah wang tunai sepanjang malam tadi.

Di selatan Beit Lahm, empat pemuda diculik dari rumah keluarga mereka di bandar al-Khader iaitu Ahmad Mohammad Salah, 24, Mohammad Khader Mousa, 27, Zein Mohammad Issa, 21, dan Yousef Taiseer Issa, 22. Sementara di kem pelarian Tulkarem, sekurang-kurangnya seorang penduduk diculik selepas tentera memecah masuk rumahnya secara ganas. Pemuda Amjad Amin Saleh diculik dari bandar Kifl Hares di barat Salfit.

Di kota al-Khalil pula, tentera Zionis memecah masuk beberapa buah rumah dan menculik dua penduduk iaitu Jihad Mohammad al-Allama dari bandar Beit Ummar dan bekas tahanan Abdul-Mahdi Zohour dari bandar Beit Kahil.

Juga di al-Khalil, tentera Zionis merampas sebuah kenderaan dan wang tunai 100,000 Shekel dari beberapa buah rumah di bandar Beit Ola.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa turut menjumpai sepucuk senapang Carlo dalam operasi mereka di bandar Qabalan, Nablus.

(IMEMC, PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts