Tentera Zionis culik 12 penduduk Palestin

RAMALLAH, 4 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik 12 penduduk Palestin dalam operasi bersenjata di beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang awal pagi tadi.

Semua mangsa, yang kebanyakannya adalah pemuda, ditangkap dari Jenin dan Shu’fat di Tebing Barat, serta Silwan dan al-Isawiya di Baitulmaqdis.

Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa semua mangsa adalah orang yang diburu kerana terlibat dalam serangan anti-penjajahan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts