Tentera Zionis culik 13 penduduk Palestin, rampas wang dan kenderaan

RAMALLAH, 19 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 13 penduduk Palestin dan merampas wang tunai bernilai ribuan shekel serta sebuah kenderaan dalam operasi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis awal pagi tadi.

Kenyataan tentera Zionis menyebut semua mangsa sebagai orang buruan kerana terlibat dalam aktiviti menentang penjajahan. Mereka turut mengakui sejumlah wang tunai turut dirampas dalam operasi di al-Khalil, Tulkarem dan Nablus, atas dakwaan ia digunakan untuk mendanai kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

Dakwa tentera Zionis lagi, sepucuk senjata dirampas dalam operasi mencari di perkampungan al-Ram di kota Baitulmaqdis.

Dalam kejadian di Tulkarem, tentera Zionis menyerbu rumah bekas tahanan Rami al-Battah dan merampas sebuah kereta beliau.

Beberapa orang penduduk diculik dari perkampungan dan bandar di al-Khalil, termasuk seorang wanita Safaa Abu Sneineh.

Manakala dua bekas tahanan Shadi Nayef al-‘Amour 23, dan Jamal Sabah, 20, diculik dari bandar Teqoua’ di timur Beit Lahm. Di bandar Beit Jala di barat laut Beit Lahm pula, pemuda Yazan al-Bal’awi, 22, diculik selepas tentera memecah masuk, menggeledah dan merosakkan barangan dalam rumahnya.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk di Jenin dan Nablus.

(PIC, IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts