Tentera Zionis culik 14 penduduk Palestin di Tebing Barat

BEIT LAHM, 17 jan 2019 — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Pasukan tentera menyerbu dan memecah masuk rumah-rumah di Tebing Barat, termasuk kota Baitulmaqdis, dan menginterogasi penduduk serta memeriksa kad pengenalan mereka.

Di Beit Lahm, mereka menculik Yasser Mahmoud Abu Natheer, 40, Mohammad Hashem Sha’er, 31, Hazem Edi Sabah, 18, Ibrahim Khaled Hamamra, Amjad Za’oul dan Mohammad Khaled al-‘Amour, 14.

Tentera Zionis turut menculik Morad Malaysha, Amara Fashafsha dan Ala’ Khaliliyya, yang berasal dari bandar Jaba’ di barat daya Jenin, selepas menahan mereka di sekatan Container, utara Beit Lahm.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis menculik Mohammad Mo’in Sameeh, 37, dari Tulkarem, Yousef Nadi al-‘Emla dari rumahnya di al-Khalil, dan Eyad Hasan Abu Sbeih, 35, dari Ramallah.

Sementara Omar Zayed, 26, diculik dari kem pelarian Qalandiya di utara Baitulmaqdis dan Rami Osama Issa, 21, dari bandar Qotna di timur laut kota suci itu.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts