BAITULMAQDIS, 2 Jul 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 15 pemuda Palestin di daerah al-Issawiya di Baitulmaqdis Timur, malam tadi.
Semua mangsa, yang majoritinya mereka berasal dari bandar at-Tour, dilarikan ke stesen polis Zionis di Jalan Salahuddin. Mangsa-mangsa ditangkap apabila gerombolan besar tentera menyerbu salah satu laluan masuk ke al-Issawiya, dan menyekat serta memeriksa kenderaan penduduk.
Pusat Maklumat Wadi Hilweh di Silwan menyenaraikan mangsa sebagai:
- Khalil Kamal Abu al-Hawa.
- Amir Sami Abu al-Hawa.
- Mahmoud Ahmad Abu al-Hawa.
- Hamza Zaki Khweiss.
- Osama Khaled al-Hadra.
- Majdi Khaled al-Hadra.
- Mohammad Tareq Abu Ghannam.
- Mustafa Mohammad Abu Ghannam.
- Mohammad Khaled Abu Ghannam.
- Mahmoud Ahmad Ashayer.
- Odai Ayman ‘Obeid.
- Mohammad Ahmad ‘Obeid.
- Ayman Bokeir.
- Hazem Karsha.
- Bashar Karsha.
(IMEMC)