Tentera Zionis culik 15 penduduk Tebing Barat dan Kota Baitulmaqdis

BEIT LAHM, 25 Ogos 2020 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 15 orang Palestin dalam operasi memecah masuk rumah dan menangkap penduduk di daerah Beit Lahm, al-Khalil, Jenin, Tulkarem, Qalqilya dan Kota Baitulamqdis sepanjang malam hingga awal pagi tadi.

Pertempuran tercetus di barat kejiranan Tulkarem apabila kumpulan pemuda Palestin cuba menyekat pencerobohan tentera. Mereka diserang dengan tembakan gas pemedih mata dan grenad pelali, dan hanya mampu membalas dengan balingan batu.

Tiada kecederaan dilaporkan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts