Tentera Zionis culik 17 penduduk Palestin

RAMALLAH, 20 Ogos 2017 — Sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak diculik oleh tentera Zionis dari Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Lima orang diculik dari wilayah Tulkarem, Ramallah dan al-Khalil manakala empat yang lain, termasuk tiga kanak-kanak, dari kota al-Quds.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar Illar di utara Beit Lahm dan memecah masuk serta menggeledah rumah keluarga syuhada Quteiba Zahran yang ditembak mati semalam, sebelum menangkap abangnya Tareq.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts