Tentera Zionis culik 17 penduduk Tebing Barat

RAMALLAH, 8 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin dari beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Seramai 10 orang diculik dari kawasan Ramallah, termasuk seorang yang diburu atas tuduhan membunuh dua anggota askar Zionis pada bulan Disember lalu. Sementara seorang penduduk bersama tiga anak lelakinya turut diculik, atas tuduhan melindungi suspek tersebut.

Lima yang lain diculik dari Beit Lahm, dan masing-masing seorang dari Qalqilya dan Nablus.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts