Tentera Zionis culik 17 penduduk Tebing Barat

NABLUS, 9 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 17 penduduk Palestin termasuk tiga bekas tahanan dalam operasi besar-besaran di Tebing Barat malam tadi.

Seramai tiga pemuda diculik dari Jenin dan empat yang lain dari Nablus, termasuk bekas tahanan Jaber Dweikat.

Seorang lagi bekas tahanan, Belal Abu Osba, diculik dari Salfit selepas tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumahnya pada waktu subuh.

Penculikan turut berlaku di al-Khalil dan Ramallah.

Sementara pertempuran tercetus di bandar Qatanna di barat laut Baitulmaqdis apabila pemuda Palestin menghalang pasukan tentera menyerang masuk. Tiada tangkapan atau kecederaan dilaporkan.

Berikut adalah senarai penuh mangsa:

Nablus:

  1. Nihad Mamdouh Abu Shamsiyya, bandar Beita.
  2. Ibrahim Mahmoud Daoud, bandar Beita.
  3. Laith Bassem Daoud, bandar Beita.
  4. Jaber Dweikat, kawasan Dahia, Kota Nablus (bekas tahanan politik).

Jenin:

  1. Yousef Ahmad Shawahna, 26, bandar Silat al-Harithiya.
  2. Ghanem Bassam Abahra, 29, bandar al-Yamoun.
  3. Ali Abdul-Rahma Ba’jawi, 19, bandar Ya’bad.
  4. Ezzeddin Jamil Saleh, perkampungan al-‘Arqa (bekas tahanan politik).
  5. Mohammad Rashed Saleh, perkampungan al-‘Arqa (bekas tahanan politik).

Tulkarem:

  1. Yazid Hussein Srouji, 26, kem pelarian Tulkarem.
  2. Khaled Yousef Baleedi, 28, kem pelarian Tulkarem.

Hebron:

  1. Abdul-Karim Ali Awad, bandar Halhoul.
  2. Yahia Issa Ayyash, bandar Halhoul.
  3. Qais No’man, bandar Halhoul.

Ramallah:

  1. Ali Tareq al-Haj, 19, perkampungan al-Mughayyir.
  2. Talha Mustafa Nakhla, kem pelarian al-Jalazoun.

Salfit:

  1. Bilal Awad Abu ‘Asba, bandar Rafat.

(PIC, IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts