Tentera Zionis culik 18 penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds

RAMALLAH, 25 Sep 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis di al-Khalil, Nablus, Jenin dan al-Quds sepanjang malam hingga awal pagi tadi.

Kem pelarian al-Aroub di utara al-Khalil diserang masuk pada waktu Subuh di mana lima pemuda diculik termasuk Saif Rushdi Jawabra, 17, iaitu anak saudara kepada Muhammad Aziz Rushdi yang dibunuh oleh tentera Zionis. Tentera turut memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk.

Tentera Zionis juga menyerang wilayah Nablus dan menutup laluan utama ke bandar Hawara, Beit, Ourata dan Odla. Mereka memasuki kawasan selatan Nablus dan menyoal siasat penduduk sebelum mengepung kawasan tersebut dengan memasang beberapa buah sekatan tentera.

Dalam kejadian di utara Jenin, tujuh buah kenderaan peronda tentera Zionis menyerang masuk kawaan kejiranan Qabatiya dan Merka, di selatan wilayah tersebut.

Sementara itu tiga pemuda diculik dari kem pelarian Shua’fat di timur laut al-Quds. Tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah rumah penduduk sehingga mencetus pertempuran.

Sejak bulan Jun hingga akhir Ogos, tentera Zionis menyerang kawasan penduduk Palestin pada kadar purata 93 kali setiap minggu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts