RAMALLAH, 15 Jul 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menculik sekurang-kurangnya 19 penduduk Palestin, termasuk dua orang gadis, dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Dalam kejadian di barat wilayah Beit Lahm, tentera Zionis menembak sebuah kereta dan menangkap dua orang pemuda yang menaikinya di kota Beit Jala.

Sementara dua orang gadis, Shurouq al-Badan, 25, dan Rawan Abu Sneina, 17, diculik di sebuah sekatan tentera di kejiranan al-Ras, berdekatan penempatan haram Kiryat Arba di timur wilayah al-Khalil.

(PIC)

SHARE