Tentera Zionis culik 2 nelayan Gaza

GAZA, 18 Sep 2017 — Pasukan tentera laut Zionis menculik dua nelayan Palestin dan merampas bot mereka di perairan al-Sudaniya di utara Gaza pagi tadi.

Kejadian berlaku dalam zon empat batu nautikal dari pantai, di mana tentera melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan.

Mangsa beserta bot mereka telah ditunda ke pelabuhan Zionis di Ashdod.

Perjanjian Oslo 1993 membenarkan nelayan Gaza untuk belayar sehingga 20 batu nautikal dari pantai.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts