GAZA, 10 Mac 2019 — Tentera laut penjajah Zionis menculik dua orang nelayan Palestin dan merampas bot mereka di perairan Beit Lahiya, utara Gaza, pagi tadi.

Bot-bot tentera Zionis mengepung bot kecil tersebut dalam zon menangkap ikan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Hussam Barkat.

Jumaat lalu, tentera laut Zionis menculik empat nelayan di utara perairan Gaza.

Perjanjian Oslo 1993 membenarkan nelayan Palestin belayar sehingga 20 batu nautikal dari pantai Gaza. Namun tentera Zionis beransur-ansur menyempitkan zon tersebut sehingga hanya tiga batu nautikal. Sejak perang 2008-09 zon menangkap ikan disempitkan lagi, dan nelayan tetap menjadi mangsa serangan walaupun berada dalam zon yang dibenarkan.

(PIC, Maan)

SHARE