AL-KHALIL, 9 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 21 penduduk Palestin dari beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Dalam kejadian di selatan al-Khalil, tentera Zionis menangkap wanita Palestin Khadija Jibril Rabei, 30, setelah memecah masuk rumah keluarga beliau di bandar Yatta. Wang tunai bernilai 30,000 dicuri oleh tentera ketika menggeledah rumah, sebelum melarikan Khadija ke lokasi yang tidak diketahui.

Tujuh lagi pemuda diculik dari kota al-Khalil dan bandar Beit Ummar.

Manakala di Jenin, tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian Jenin dan menculik tiga pemuda. Tentera memasang sekatan jalan di laluan menuju ke perkampungan Zabbouba dan bandar Ya’bad untuk memeriksa kad pengenalan penduduk Palestin.

Di Qalandiya, tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah dua wanita Palestin yang cuba melintas sekatan di pintu sempadan al-Quds dan Tebing Barat. Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan, namun mereka diculik kemudiannya.

SHARE