NABLUS, 19 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik sekurang-kurangnya 23 penduduk Palestin setelah memecah masuk rumah-rumah mereka di Tebang Barat.

Di tenggara wilayah Nablus, dua pemuda Saad Ahid Adili dan Nashar Adili diculik dari kawasan Usrin. Sementara di utara Ramallah, bekas tahanan Yakub Naji Rimawi dan Humam Munir Rimawi diculik dari perkampungan Beit Rima.

Tentera Zionis turut menyerbu kota Sanjal di utara Ramallah dan menculik Husain Syabana selepas memecah masuk rumahnya.

Di al-Khalil, Jihad Faqusah ditangkap ketika tentera Zionis memecah masuk rumahnya.

(PIC)

SHARE