Tentera Zionis culik 5 penduduk, serang remaja perempuan

BEIT LAHM, 30 Jun 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin dan menyerang serta memukul seorang remaja perempuan dalam operasi di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di al-Khalil, seorang penduduk diculik dari perkampungan Tarqumiya dan seorang lagi dari kota al-Khalil.

Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun turut diserang dan di kota al-Khalil ketika belia sedang bermain penunjuk laser bersama kawan-kawannya. Beliau dikejarkan ke sebuah hospital dalam keadaan luka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts