Tentera Zionis culik 6 nelayan Gaza

GAZA, 1 Nov 2016 (PIC) — Enam nelayan Palestin diculik oleh pasukan tentera laut Zionis di perairan Beit Lahiya di utara Gaza pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, tentera penjajah melepaskan tembakan mesingan sebelum merampas dua buah bot serta semua kelengkapan nelayan dan menculik enam nelayan. Empat daripada mangsa adalah adik-beradik.

Mangsa adalah Muhammad Abu Ryala, Shaher Abu Ryala, Ali Abu Ryala, Bilal Abu Ryala, Khaled Abu Ryala dan Hassan Abu Samaan, yang semuanya berasal dari Kota Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts