Tentera Zionis culik 7 penduduk Tebing Barat

RAMALLAH, 18 Okt 2016 (WAFA) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin dalam operasi sepanjang malam tadi di seluruh Tebing Barat.

Kenyataan Persatuan Tahanan Palestin (PPS) hari ini menyebut bahawa tentera Zionis menculik lima orang diculik di wilayah al-Khalil dan masing-masing seorang dari wilayah Beit Lahm dan Jenin. Banyak rumah penduduk Palestin dipecah masuk dalam operasi tersebut.

Sementara itu beberapa orang penduduk Palestin diserang dan dihalau oleh tentera ketika mereka sedang menuai buah zaitun di kota Nablus.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts