RAMALLAH, 12 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sembilan penduduk Palestin, termasuk tiga bekas tahanan, dari wilayah Ramallah dan al-Khalil sepanjang malam tadi.

Pasukan tentera menyerang masuk perkampungan Qibya di barat Ramallah di awal pagi dan menculik bekas tahanan Abdul-Fattah Ajrab dari rumahnya.

Seorang lagi penduduk, Saeb Abu Salemm, diculik dari perkampungan Rantis, juga di barat Ramallah. Beliau baru dibebaskan dari penjara Zionis beberapa bulan lalu.

Manakala bekas tahanan Izzuddin Odeh, 30, diculik di sebuah sekatan tentera berdekatan perkampungan Deir Ibzi ketika dalam perjalanan pulang dari kota Ramallah menuju ke rumahnya di perkampungan Deir Ammar.

Di utara al-Khalil pula, tentera Zionis menyerbu kota Halhul dan menculik dua pemuda Akram Jabbarat dan Oday Nu’man dari rumah-rumah mereka.

Berikut adalah senarai lengkap mangsa:

  1. Saeb Fahmi Abu Salim, Ramallah
  2. Nidal Ibrahim Ata, Ramallah
  3. Ezzeddin Tahseen Odah, Ramallah
  4. Ahmad Dakhlallah, Ramallah
  5. Raed Samir Hammad, Ramallah
  6. Farouq Shadi, Ramallah
  7. Abdul-Fattah al-Ajrab, Ramallah
  8. Akram Mohammad Jabarat, Halhoul al-Khalil
  9. Odai Mohammad No’man, Halhoul al-Khalil.

(PIC, IMEMC, WAFA)

SHARE