Tentera Zionis culik kanak-kanak perempuan, serbu asrama siswi

BEIT LAHM, 25 Sep 2017 — Tentera Zionis menyerbu dan menyerang bebarapa kawasan di Tebing Barat dan kota al-Quds, bertempur dengan penduduk Palestin dan menculik empat penduduk termasuk seorang kanak-kanak perempuran berumur 14 tahun.

Kanak-kanak perempuan tersebut diculik dari bandar Anata di timur laut al-Quds kerana disyaki cuba membuat serangan.

Seramai tiga penduduk bandar Silwan turut diculik, termasuk dua-beradik yang berumur 18 dan 20 tahun.

Dalam kejadian di Tulkarem, pertempuran tercetus apabila tentera Zionis menyerbu asrama siswi Hasib Sabbagh di Universiti Teknikal Khadouri. Tentera menggeledah beberapa buah bilik asrama, ketika beberapa buah jip tentera menyekat laluan utama ke universiti tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts