Tentera Zionis culik pemuda Palestin di sekatan jalan al-Khalil

AL-KHALIL, 2 Jun 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik pemuda Palestin Mohamed Abu Salmi, 21, di sebuah sekatan jalan berdekatan laluan masuk utara al-Khalil petang tadi.

Sepasukan tentera membina sekatan jalan sementara di laluan menuju ke persimpagan Beit Einun dan menyekat lalu lintas. Semua kenderaan dan penumpang diperiksa, sebelum menangkap pemuda tersebut dan kemudiannya membuang sekatan dan membawa mangsa lari ke tempat yang tidak diketahui.

Mangsa merupakan seorang pelajar di Universiti al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts