Tentera Zionis culik penduduk Palestin, rampas wang tunai dan kenderaan

RAMALLAH, 16 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin termasuk bekas tahanan dan kanak-kanak dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi, mendakwa mereka terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Mereka turut merampas wang tunai bernilai ribuan Shekel selepas memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah di Ramallah, Beit Lahm dan al-Khalil.

Di utara Baitulmaqdis, kanak-kanak Omar Zayed dan Mohamed Hamad diculik dari rumah-rumah mereka di kem pelarian Qalandiya sebelum dilarikan ke lokasi rahsia.

Empat penduduk diculik dari Beit Lahm.

Tentera Zionis turut merampas puluhan buah kenderaan penduduk Palestin di Ramallah dan memecah masuk serta menggeledah rumah-rumah di bandar Azzoun, timur Qalqilya.

Sementara itu dua pemuda Palestin cedera ditembak di bahagian kaki di bandar Anza, selatan Jenin, selepas bertempuran dengan pasukan peronda tentera Zionis. Salah seorang mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital.

Sekurang-kurangnya tiga bekas tahanan dari Jenin diculik di sekatan Container di tenggara kota Baitulmaqdis.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts