Tentera Zionis curi wang dan barang kemas 7 keluarga syuhada di al-Quds

AL-QUDS, 15 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk tujuh buah rumah keluarga syuhada di kawasan kejiranan Ras al-Amoud, Beit Hanina, al-Issawiya dan Wadi al-Joze di kota al-Quds dan mencuri sejumlah wang dan barang kemas pagi tadi.

Mereka mencuri wang yang dianggarkan berjumlah 130,000 shekel (RM156,000), menuduh wang tersebut diterima dari pergerakan Hamas.

Sebilangan barang kemas dan sebuah kereta turut dirampas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts