Tentera Zionis Gali Kuburan Palestin Di Kafr Aqab

AL-QUDS, 27 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis hari ini memulakan kerja-kerja menggali tanah perkuburan Islam di bandar Kafr Aqab di utara wilayah al-Quds, selepas menyerbu bandar tersebut dan mengepung kawasan perkuburan itu dari semua arah.

Penduduk Palestin disekat daripada memasuki kawasan tersebut.

Di samping itu, rejim Zionis merancang untuk meroboh enam bangunan yang menempatkan 140 apartmen, kebanyakannya telahpun didiami. Tentera Zionis bersiap meroboh bangunan tersebut sebelum penduduk Palestin memfailkan rayuan di mahkamah.

(Sumber: Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts