Tentera Zionis geledah pejabat kerajaan dan rumah di al-Khalil

AL-KHALIL, 10 Ogos 2017 — Pasukan tentera Zionis hari ini memecah masuk dan menggeledah pejabat Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan dua rumah penduduk di Kota Lama al-Khalil.

Bangunan tersebut menempatkan pejabat beberapa kementerian PA, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Buruh dan Kementerian Kehakiman. Tentera Zionis dilaporkan menyoal siasat pegawai kerajaan tentang tigasan mereka.

Pada masa yang sama, tentera memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga Abu Omar dan al-Batsh al-Husseini di Kota Lama, merosakkan perabut di dalamnya. Tiada sebarang alasan dinyatakan.

(Maan, IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts