Tentera Zionis geledah rumah, culik 8 penduduk Palestin

RAMALLAH, 18 Feb 2019 — Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak diculik oleh tentera penjajah Zionis dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Dua kanak-kanak berumur 14 tahun, Yasser Quresh dan Zein al-Dibis, diculik polis berpakaian preman dari utara kota Baitulmaqdis atas tuduhan membaling batu ke arah keretapi yang melintas bandar Shu’fat.

Tentera Zionis menggempur bandar Arrabeh di selatan Jenin dan menculik Hazem Mazen ‘Atari setelah memecah masuk dan menggeledah rumah beliau. Sementara pasukan tentera berpakaian preman menculik Omar Suleiman Sa’adi dari kem pelarian Jenin selepas menyerang beliau di jalan Universiti Arab-Amerika.

Juga di Jenin, polis Zionis menculik Mohammad Adnan Nazzal dan Ibrahim Zakarneh dari bandar Qabatiya setelah memecah masuk rumah dan mengheret mereka ketika sedang tidur.

Di Nablus, tentera Zionis meyerbu bandar Aqaba di utara Tubas dan menculik seorang pemuda yang sedang tidur.

Pada masa yang sama, rumah-rumah penduduk di al-Khalil dipecah masuk dan digeledah.

Pertempuran tercetus di beberapa kawasan dalam wilayah Tulkarem, tidak lama selepas pasukan peronda tentera Zionis menyerbu dan memecah masuk rumah bekas tahanan Fakhri al-Shalabi untuk cuba menangkap beliau.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts