Tentera Zionis geledah rumah, culik penduduk di Tebing Barat

AL-KHALIL, 5 Dis 2018 — Sekurang-kurangnya 22 orang diculik dalam operasi tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Seramai empat orang diculik dari al-Khalil, iaitu Issa Imad al-Titi, 14, Khaled Badran Juwabra, Maher al-Atrash, dan Atef Ali Rubaa. Manakala di Beit Lahm, dua orang diculik iaitu Rami Abu Shaira dan Qasi Issa.

Tiga yang lain diculik dari Ramallah, iaitu Mahmoud Kheir Khatib, 18, Usama Feras al-Tamimi, 18, dan Walid Nassar Ahmad Nassar, 18. Tentera Zionis turut menyerang masuk ke pelarian Qalandiya dan menculik Thaer Khaled Matir.

Di bandar Fasayel, Jericho, dua beradik diculik iaitu Imad Ali Abyyat dan bekas tahanan Taleb Abyyat.

Seorang lagi mangsa, Muaman Ruslan Arid, diculik dari Tulkarem dan tiga yang lain, Muhammad Wadah Anaya, Yasser Nofel, dan Wael Abtali, dari Qalqilya.

Di Sakfit, empat orang diculik iaitu Aziz Fatash, Hussam Harb, Saed Marei, dan Kamal Harb.

Dalam kejadian di Tubas, pertempuran tercetus berdekatan Masjid Jamek selepas tentera Zionis menyerbu kawasan tersebut dan menculik dua penduduk iaitu Salah al-Din Daraghmeh dan Rami Ayman Sharida. Tentera turut memecah masuk rumah-rumah dan menggeledah serta merosakkan barangan.

(Maan, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts