AL-KHALIL, 15 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis menggempur bandar Beit Kahil di utara wilayah al-Khalil awal pagi tadi, memecah masuk rumah-rumah penduduk dan bertempur dengan kumpulan pemuda Palestin.

Beberapa orang penduduk tercedera akibat serangan gas pemedih mata.

Gerombolan besar tentera Zionis sekali lagi memecah masuk rumah keluarga Asafera, iaitu keluarga dua suspek membunuh seorang askar Zionis berdekatan blok penempatan haram Etzion.

Beberapa hari lalu, tentera Zionis memecah masuk dan mengambil ukuran rumah dua keluarga tersebut, sebagai persediaan untuk dirobohkan. Rejim Zionis mengamalkan hukuman secara kolektif ke atas keluarga atau penduduk kejiranan Palestin yang dituduh terlibat dalam menyerang tentera Zionis atau pendatang Yahudi.

(PIC)

SHARE