Tentera Zionis guna sekatan untuk kumpul maklumat peribadi penduduk Palestin

NAZARETH, 7 Mac 2018 — Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Zionis mula menumpul maklumat peribadi penduduk Palestin melalui sekatan-sekatan yang dibina di seluruh Tebing Barat.

Penduduk yang melintasi sekatan tentera diwajibkan mengisi borang yang merekod maklumat termasuk nama, umur, nombor telefon, nombor kad pengenalan, jenis kenderaan serta nombor lesen memandu, dan juga dipaksa menyerahkan salinan kad pengenalan yang lengkap dengan maklumat tempat bermula serta destinasi perjalanan mereka.

Sekatan-sekatan ini beroperasi di awal pagi ketika penduduk Palestin bersesak untuk ke tempat kerja, sehingga menggandakan lagi kesesakan lalulintas.

Tentera yang berkawal di setiap sekatan mesti menyerahkan sekurang-kurangnya 100 borang yang telah dilengkapkan bagi setiap syif kerja. Manakala tentera yang membuat rondaan berjalan kaki diwajib melengkapkan sekurang-kurang 30 borang.

Sementara itu, rejim Zionis akan memasang kamera keselamatan canggih di jalan-jalan sekitar kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, setelah berjaya menguji alat tersebut di Ramallah. Sistem itu didakwa dapat mengenal-pasti penduduk dan kenderaan secara pantas, sehingga dapat menghalang cubaan serangan ke atas Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts