Tentera Zionis guna senjata baharu untuk surai perhimpunan

NAZARETH, 13 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis minggu lalu buat pertama kali menggunakan pesawat dron untuk menyurai penduduk Palestin yang mengadakan bantahan berdekatan kawasan sempadan wilayah Palestin 1948.

Jumaat lalu, dron telah digunakan untuk menjatuhkan bom gas pemedih mata dari udara ke atas kumpulan 200 penduduk Gaza yang berhimpun berdekatan pagar sempadan.

Menurut pihak rejim, penggunaan dron membolehkan mereka mengawal perhimpunan dari jarak jauh yang lebih selamat.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts