Tentera Zionis halang 50 penduduk Palestin lawati ahli keluarga di penjara

NABLUS, 19 Sep 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menghalang 50 penduduk Palestin daripada melawat ahli keluarga mereka yang sedang ditahan dalam penjara Negev.

Tentera yang berkawal di sempadan lintasan Tulkarem memaklumkan arahan larangan melawat secara tiba-tiba, atas alasan keselamatan, sungguhpun mereka semua telah mendapat kebenaran membuat lawatan daripada Pertubuhan Palang Merah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts