Tentera Zionis halang jemaah masuk Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 18 Okt 2016 (Maan) — Polis Zionis mengumumkan bahawa semua orang bukan Yahudi tidak dibenarkan masuk ke Masjid Ibrahimi selama dua hari mulai hari ini.

Penutupan tersebut berkuatkuasa dari jam 4:00 petang hingga 10:00 malam pada hari ini dan esok, di mana ribuan penganut Yahudi akan masuk untuk menyambut perayaan hari Sukkot.

Masjid Ibrahimi ditutup kepada orang bukan Yahudi sepanjang musim perayaan Rosh Hashanah dari 3 hingga 4 Oktober, hari Yom Kippur pada 12 Oktober, hari perayaan Sukkot dari 16 hingga 23 Oktober dan juga hari Simchat Torah pada 25 Oktober.

Pada bulan Oktober tahun lalu, sekatan dan tekanan tentera Zionis ke atas penduduk al-Khalil menyebabkan pertempuran tercetus di kawasan sebuah masjid di kejiranan Tel Rumeida, di mana tentera Zionis akhirnya mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera.

Sekitar 800 pendatang Yahudi yang terkenal sengan sikap agresif dan ganas tinggal di al-Khalil, dengan dilindungi oleh lebih 1,000 orang askar Zionis, berbanding lebih 30,000 penduduk asal Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts