NABLUS, 7 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menghalang kanak-kanak menuju ke sekolah mereka di perkampungan al-Lubban ash-Sharqiya, selatan kota Nablus.

Pasukan tentera Zionis dikerah berkawal di persimpangan jalan utama Nablus-Ramallah menuju ke perkampungan tersebut, dan menghalang para pelajar serta mengarah mereka pulang ke rumah.

Para pelajar sebaliknya mengambil laluan alternatif melalui jalan tanah merah, menambah perjalanan mereka sejauh tiga kilometer lagi.

Insiden ini merupakan kali keempat dalam tempoh 10 hari pelajar-pelajar sekolah berkenaan disekat oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis kebelakangan ini berulang kali memecah masuk sekolah, menyerang serta menangkap para pelajar atas tuduhan membaling batu.

(IMEMC, PIC, Alray)

SHARE