Tentera Zionis halang pembinaan jalan, tahan pekerja serta rampas jentera dan peralatan

NABLUS, 28 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis semalam menghalang kerja pembinaan jalan oleh pihak berkuasa Palestin di Nablus, dan menahan beberapa orang pekerja serta merampas kenderaan dan peralatan.

Kejadian berlaku ketika pekerja-pekerja Brothers Company sedang membaik pulih jalan di kawasan Wadi ash-Sham di utara Nablus.

Tentera turut menyerang pemilik-pemilik tanah dan merampas telefon mereka. Semua kenderaan dan perlatan yang dirampas dilarikan ke kawasan penempatan haram Gilad.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts