Tentera Zionis hancurkan pejabat Ismail Haniyeh

GAZA, 26 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis malam tadi melancarkan dua serangan roket yang memusnahkan sepenuhnya pejabat Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, di Gaza.

Tentera Zionis mendakwa kononnya bangunan tersebut adalah pusat perisikan bagi merancang serangan roket ke Tel Aviv.

Terdahulu, tentera Zionis melancarkan serangan udara ke kawasan utara Gaza, kejiranan Abu Mu’amar di timur Rafah, serta beberapa lagi lokasi di Khan Younis dan Deir al-Balah.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamas menyebut bahawa pihak Mesir telah memudahcara gencatan senjata bermula jam 10:00 malam waktu Gaza.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts