Tentera Zionis iringi pendatang Yahudi bersiar di Kota Lama

AL-KHALIL, 4 Julai 2016 (ISM) — Kurang dari 12 jam selepas tentera Zionis menceroboh masuk Kawasan H1 yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) di al-Khalil, segeromolan lebih 100 pendatang Yahudi keluar bersiar di Kota Lama dengan dikawal oleh lebih 30 orang askar.

Tentera menghalang pergerakan penduduk Palestin yang cuba memasuki kawasan pasar, di mana mereka terpaksa menunggu para pendatang tersebut melepasi kawasan itu.

Sebahagian pendatang membawa senjata termasuk senapang M4. Mereka tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mengganggu kehidupan seharian penduduk Palestin di samping mengugut mereka dan menunjuk-nunjuk kekuatan serta kuasa mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts