QALQILYA, 7 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis petang tadi mengenakan perintah berkurung ke atas bandar Azzoun di timur Qalqilya, menyekat sepenuhnya pergerakan penduduk Palestin di situ.

Pasukan tentera bersenjata berat meronda bandar Azzoun dan menutup laluan masuk di sebelah utara dan barat bandar tersebut. Semua kenderaan dilarang keluar atau masuk.

Tidak lama kemudian, peronda tentera menyerbu dan merosakkan rumah-rumah penduduk.

(PIC)

SHARE