Tentera Zionis Jalan Latihan Di Kawasan Rumah Penduduk Palestin

NABLUS, 14 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menjalankan latihan menggunakan peluru hidup dan tembakan artileri berat di perkampungan Khirbet Tawil di selatan Nablus sejak malam Isnin lalu, selepas mengeluarkan perintah berkurung ke atas semua penduduk.

Pihak tentera memerintah penduduk supaya tidak keluar dari rumah mereka sepanjang tempoh latihan. Mereka bagaimanapun tidak memaklumkan berapa lama latihan tersebut akan berlangsung.

Pada bulan Mei 2014, seorang komander kanan tentera Zionis mengesahkan bahawa latihan menggunakan peluru hidup di Tebing Barat sebenarnya bertujuan untuk menghalau penduduk kaluar dari tanah mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts