NABLUS, 11 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini melancarkan latihan berdekatan bandar Aqraba di wilayah Nablus, utara Tebing Barat.

Tindakan tersebut menimbulkan suasana cemas di kalangan penduduk Khirbat al-Tawil, apabila tentera memulakan latihan senjata berat di awal pagi berdekatan kawasan rumah mereka.

Lazimnya, latihan tentera akan menyebabkan kerosakan tanah penduduk Palestin dalam kawasan yang luas.

Khirbat al-Tawil sering menjadi sasaran tentera Zionis, di mana sebilangan besar rumah penduduk serta struktur binaan telah dirobohkan atas alasan tidak mempunyai kebenaran pembinaan.

Keadaan Khirbat al-Tawil serta kawasan sekitarnya yang sangat subur, dengan lokasinya menghadap Lembah Jordan, menjadi sebab utama rejim Zionis cuba menghalau penduduk Palestin keluar.

(PIC, IMEMC)

SHARE