Tentera Zionis kenakan perintah berkurung di al-Khalil

AL-KHALIL, 20 Sep 2016 (PIP) — Tentera penjajah Zionis malam tadi berkawal di beberapa kawasan kediaman Palestin di sekitar Masjid Ibrahimi serta memecah masuk rumah penduduk dan mengugut mereka.

Tentera membuat pengumuman menggunakan alat pembesar suara, melarang semua bentuk aktiviti penduduk Palestin dan melarang mereka keluar dari rumah dengan ancaman akan ditembak sesiapa yang keluar ke jalan-jalan.

Tentera juga memecah masuk beberapa buah rumah di perkampungan Jabari dan Abu Isnainah, di mana mereka merampas semua pisau dapur, telefon, serta merosakkan perlatan dapur dan isi rumah.

Pintu masuk perkampungan Bet Amr ditutup dengan kawat berduri dan bongkah-bongkah simen. Manakala sebuah pos tentera dibina di laluan kasuk kota Halhul.

Pasukan tentera rejim dikerah secara besar-besaran dan helikopter tentera terbang rendah di kawasan timur al-Khalil.

Dua pemuda Palestin ditangkap atas tuduhan merancang untuk menikam pendatang Yahudi. Dalam pada itu, penduduk Palestin Murad Jamal Tumaizi cedera ditikam oleh dua orang pendatang Yahudi.

Seramai lima penduduk Palestin terkorban sejak Jumaat lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts