Tentera Zionis kepung bandar Beit Fajjar di Beit Lahm

BEIT LAHM, 25 Jun 2018 — Gerombolan besar tentera Zionis menyerbu dan mengepung bandar Beit Fajjar di selatan wilayah Beit Lahm malam tadi, selepas laporan serangan bersenjata di kawasan koloni penempatan haram Migdal Oz yang tidak jauh dari bandar tersebut.

Bongkah-bongkah simen diletakkan di laluan masuk sebelah barat bandar tersebut, menghalang sepenuhnya pergerakan kenderaan penduduk Palestin.

Tentera menjalankan operasi memburu secara besar-besaran, mencari sebuah kereta yang berkejar masuk ke bandar tersebut selepas penumpangnya melepaskan tembakan ke arah tembok menara tentera Zionis di Migdal Oz.

Mereka turut menyerbu dan menggelah sebuah stesen minyak serta merampas rakaman video kamera keselamatan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts