Tentera Zionis kepung bandar Huwwara

NAZARETH, 7 Jun 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis petang semalam menutup jalan-jalan pertanian dan laluan utama di antara bandar Odla dan Huwwara.

Mereka turut memecah masuk sekurang-kurangnya 10 buah rumah, dan kemudian menduduki bumbung beberapa buah rumah pendduuk Palestin untuk dijadikan pos pemerhati tentera. Mereka turut membina pagar dan memasang kamera keselamatan di semua rumah yang diduduki.

Tindakan tentara mengepung kota Huwwara itu adalah susulan insiden menembak sebuah bas yang mengangkut pendatang Yahudi di Huwwara dua hari lalu. Jalan melintasi Huwwara sering digunakan oleh pendatang Yahudi yang tinggal di penempatan-penempatan haram berdekatan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts