Tentera Zionis kepung perkampungan Deir Nidham di Ramallah sejak 3 minggu

RAMALLAH, 7 dis 2016 (Maan) — Puluhan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak ditangkap apabila tentera Zionis mengepung perkampungan Deir Nidham di barat laut Ramallah sejak tiga minggu lalu, sekaligus mengurung 1,600 orang penduduknya seperti “berada dalam sebuah penjara besar.”

Deir Nidham dikepung selepas kebakaran berlaku hanya beberapa kilometer dari kawasan penempatan haram Halamish, yang dibina di atas tanah milik penduduk Deir Nidham dan perkampungan Nabi Saleh yang bersebelahan. Pihak Zionis mendakwa kebakaran tersebut berpunca daripada tindakan khianat oleh penduduk Palestin.

Laluan utama ke Deir Nidham ditutup dengan timbunan kotoran tanah dan bongkah simen, sehingga kemudahan pendidikan dan kesihatan terpaksa ditutup akibat kepungan tersebut.

Tentera turut membuat serbuan setiap hari, dengan melepaskan tembakan bom gas pemedih mata dan peluru hidup sehingga mencetus pertempuran.

Isnin lalu, tiga askar Zionis cedera dibaling dengan batu ketika membuat serbuan, sehingga pasukan mereka terpaksa berundur sambil melepaskan tembakan peluru hidup dan gas beracun.

Beberapa orang kanak-kanak telah ditangkap sebagai suspek perbuatan khianat membakar atau mencetus kebakaran.

Tentera turut menduduki rumah milik keluarga Yasser al-Tamimi dan menjadikannya sebagai sebuah berek tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts