Tentera Zionis lancar kempen menangkap penduduk Tebing Barat dan al-Quds

TEBING BARAT, 5 Apr 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis awal pagi semalam melancarkan kempen besar-besaran bagi menyerang dan menangkap penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds.

Dua pemimpin pergerakan Hamas turut ditahan, iaitu Sheikh Nazih Abu Oun dari Jenin, dan Adnan al-Hussari dari Tulkarem. Gerombolan besar tentera penjajah menyerang masuk bandar Joba’a di Jenin dan memecah masuk serta menggeledah rumah Sheikh Abu Oun. Beliau sebelum ini pernah dipenjara selama 15 tahun.

Tentera juga menggeledah rumah Ahmed Salatneh, iaitu ketua jawatankuasa zakat Jenin, di kem pelarian Aker. Tentera penjajah turut memasang sekatan di bandar-bandar sekitar Jenin.

Sementara itu tiga pemuda ditangkap di Ramallah dan Salfit dan enam lagi di al-Khalil.

Kempen penangkapan juga dilancarkan di al-Quds, di mana 11 pemuda termasuk lima dari bandar Hezma ditahan. Lima kenderaan tentera memasuki bandar Beit Qad di timur al-Quds sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk. Beberapa lagi pemdua ditangkap dan disoal siasat ekoran pertempuran tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts